
Sulit
5 tahun
Sakit perut Dan muntah-muntah
Saya berumur 15 tahun sering sakit perut Dan loya selepas period beberapa hari ni…Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sista lutein pecah - sista (cyst) lutein adalah hasil daripada pembesaran daripada hormon haid dan apabila ia pecah ia boleh menyebabkan kesakitan
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Ovari terbelit
- Masalah fibroid rahim
- Radang appendiks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.