
Sulit
3 tahun
Sakit perut disertai degup jantung
Saya lelaki umur 37 tahun, saya ada sakit perut banyak kali, lepas itu, kadang d sertai dgn degup jantung dan perut berdegup, apa masalahnya dok, apa yg harus q buat, pergi klinik 4/5 hari sembuh, lepas tu lain bulan ada sakit serupa, nutrisi dan makanan apa yg harus saya ambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit perut yang berulang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
- Radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.