
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan belakang menyebabkn rsa loya
hi , saya budak prempuan 18 tahun. saya berasa kerap kali kencing dan kencing tak puas. then, kalau saya makan terlalu lapa tkbole terlalu kenyang pun takboleh , kalau trlalu kenyang saya rsa loya dan muntah. dan saya juga kerap kali rsa sakit di bhgian tulang blkng dan bhgian pinggang. kdg2 rsa sakit dkt pinggang menyucuk dibhgian perut shingga menybbkn saya rsa loya dan muntah. bila saya muntah , tgn saya dan jantung akn brgegar. kemudian saya akn mengalami kesukaran dalam brnafas kerana dada saya sakit. boleh saya tahu kenapa saya berasa sedemikian? saya kerap kali mengalaminya sejak dulu tetapi tidakla smpai termuntah , hanya berasa sakit dipinggang akibat letih yg melampau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk pihak saya membuat kesimpulan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.