
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang/sakit perut
Assalamualaikum Dr.
Kelmarin, saya terasa sakit sgt di bahagian bawah perut dan terasa sakit hingga ke bahagian pinggang kanan (seolah2 ada saluran yg sakit dari pinggang kanan sehingga ke bawah perut) sehinggakan saya susah nak bergerak. Tetapi sebelum itu, saya terasa lapar dan kemudian sakit perut…kemudian sakit itu beralih dari perut ke bahagian bawah perut. Saya cuba minum air suam dgn banyak, apabila saya buang air kecil, rasa sakit beransur-ansur berkurangan tetapi rasa sakit masih lagi ada.
Keesokan harinya, saya hanya berasa sakit sedikit di bahagian pinggang kanan. Bahagian bawah perut tidak lagi berasa sakit. Keadaan ini berlanjutan sehingga hari ini. Adakah masalah kesihatan yg saya alami ini kritikal dan bagaimana saya hendak merawat masalah ini? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan dihadapi oleh sebahagian populasi kita. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Antaranya ialah :
- Sakit pinggang disebabkan masalah batu di buah pinggang atau saluran kencing
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Keradangan appendiks
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Setelah masalah itu dikenalpasti, rawatan selanjutnya akan diberi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Terima kasih.