Sulit
2 tahun
Sakit puan semata-mata
Saya nak tanya adakah wanita yg belum pernah melakukan sex boleh mendapat kanser pangkal rahim?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui apakah sekiranya seseorang wanita boleh mendapat kanser pangkal rahim walaupun belum pernah melakukan hubungan seks. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya hampir keseluruhan kanser pangkal rahim atau kanser servikal disebabkan oleh jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang lazimnya berjangkit antara manusia ke manusia yang lain melalui hubungan seks.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat pelbagai faktor risiko yang boleh berhubungkait dengan kanser pangkal rahim pada seseorang wanita, antaranya termasuk
- menghidapi HIV atau penyakit auto-immune yang lain
- merokok
- mempunyai banyak pasangan seks
- dan lain-lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan wanita dan kesihatan anda secara umum, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih