Sulit
3 tahun
Sakit tekak semasa menelan makanan atau air liur
selamat malam doc saya lelaki 23tahun saya ingin bertanya sebab sekarang saya under quarantine untuk covid19 ok soalan saya sekarang tekak saya sakit kerana sebelum ini saya selesema tekak saya sakit beleum quarantine dan result test belum keluat bagai mana untuk saya membeli ubatan untuk selesema dan sakit tekak?ada tak cara lain untuk hilangkan sakit tekak?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan sakit tekak seperti:
- meminum air suam dengan banyak
- minum capuran air dan madu
- kumuh dengan air garam
- teh chamomile
- gula-gula peppermint
- kumuh dengan campuran cuka epal dan air
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Anda boleh layari online pharmacy DoctorOnCall untuk membeli ubat dan ubat akan dihantar di rumah anda.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.