Sulit
4 tahun
Sakit tempat cezer belah kanan
Saya Hari ni 35 Hari bersalin cezer ank pertama… Pada Hari ke 35 ni tiba2 Saya rasa sakit di bahagian perut tempat cezer belah kanan… Adakah ini bahaya atau tidak? Dan apakah punca yg menyebabkan sakit ni berlaku?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit di bahagian pembedahan cesarean adalah komplikasi biasa dalam kalangan wanita yang melalui pembedahan ini terutamanya bagi emergency cesarean section.
Bekas pembedahan cesarean akan mengambil masa 6-10 minggu untuk pulih dengan sepenuhnya. Namun jika anda mengalami simptom-simptom lain bersama dengan kesakitan anda seperti ini, anda digalakkan berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan:
- Demam
- Bekas pembedahan bernanah
- Mual dan muntah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































