Sulit
3 tahun
Sakit varikokel di kawasan testis
Terasa gumpalan macam cacing di kwsan testis dan sering terasa sakit hingga ke zakar serta terasa perbezaan zakar sedikit mengecil dan warna juga berubah…apakah penyebabnya… Terasa buntu bila pikir2
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Varicocele
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah