Sulit
4 tahun
Saya ad gonorhera ,doc dah bgi antibiotik dan cucuk ,lepasni saya bisa sembuh tak dari gonorhera
macam mana ye doctor saya tkot suami saya dijagkiti gonorhera jgk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jangkitangonorea yang dihadapi. Untuk merawat gonorrhea, ubat antibiotik azithromycin serta suntikan ceftriaxone akan diberikan. Dengan rawatan ini, gonorrhea boleh dirawat sepenuhnya. Namun begitu, selepas pulih, anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan semula. Berikut merupakan langkah bagi mengelak hal ini:
Gunakkan kondom
Elakkan bertukar-tukar pasangan
Dapatkan permeriksaan untuk pasangan anda
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.