
Lydia
6 tahun
Saya ada herpes, adakah saya tidak boleh berkahwin?
Dr, saya sudah membuat pmeriksaan STD. Saya disahkan mendapat Herpes Simplex
Virus Type 1 IgG. Adakah saya tidak boleh berkahwin? Adakah ia akan memudaratkan pasangan saya ? Dan adakah ada penawar utk penyakit ini? Harap Dr dapat membantu saya. Saya berada dalam keadaan tertekan

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Herpes genital ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Terdapat dua jenis virus herpes yang dikenal pasti:
• HSV 1: Kudis berisi air di mulut atau di muka
• HSV 2: Kudis berisi air di kawasan kemaluan
Anda menyatakan bahawa anda disahkan mempunyai virus HSV 1. Virus bentuk ini biasanya menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut. Ia juga menyebabkan ulser yang sakit. Bahagian lain yang turut dijangkiti ialah kemaluan, mata dan system saraf. Simptom tidak akan muncul serta merta tetapi selepas beberapa hari, minggu atau tahun.
HSV 2 pula biasanya menyebabkan kudis pada faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Ia juda boleh menjangkiti kawasan mulut semasa seks oral. Simptom-simptomnya ialah ruam pada kemaluan, lelehan cecair atau darah, demam dan pembengkakan kelenjar.
Untuk menjawab soalan anda, anda boleh berkahwin tetapi anda digalakkan mendapatkan rawatan sebelum berkahwin. Sehingga sekarang, tiada ubat spesifik yang digunakan untuk merawat jangkitan herpes. Doktor akan memberi anda ubat antivirus untuk membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengelakkan jangkitan berulang. Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda. Anda juga harus memberitahu pasangan anda supaya pasangan dapat berwaspada terhadap simptom-simptom jangkitan dan mendapatkan rawatan segeran sekiranya terjangkit.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Herpes simplex virus, juga dikenali sebagai HSV, adalah jangkitan yang menyebabkan herpes dan ia boleh muncul di pelbagai bahagian badan, yang paling biasa pada alat kelamin atau mulut.
Orang ramai berisiko untuk menjangkit herpes apabila mereka mengambil bahagian dalam tingkah laku seksual yang berisiko tanpa menggunakan perlindungan, mempunyai pasangan seks berganda, melakukan hubungan seks pada usia yang lebih muda, wanita, mempunyai jangkitan seksual yang lain (STI) dan mempunyai sistem imun yang lemah.
Untuk menjawab soalan anda, anda boleh berkahwin, tetapi anda haruslah mendapatkan rawatan untuk jangkitan herpes sebelum menjalinkan hubungan seksual dengan isteri anda. Tiada penawar untuk virus ini. Ubat-ubatan ini boleh membantu individu yang dijangkiti mengurangkan risiko menyebarkan virus kepada orang lain dan juga membantu menurunkan intensiti dan kekerapan jangkitan. Ubat-ubat ini termasuk acyclovir, famciclovir dan valacyclovir.