Anonymous

5 tahun

Saya ada masalah berat badan dan lewat datang bulan

Hello dr, saya dah 2 hari tidak datang bulan, sepatutnya 25 atau 25 haribulan saya kena periode, tapi ni dah 27 haribulan. periode saya tidak menentu, kadang-kadang datang pada awal bulan, kadang-kadang tengah bulan, dan sekarang ni akhir bulan. saya mula datang bulan pada umur 12 tahun, dulu saya periode selama 7 hari, sekarang hanya 3 hari sahaja. macam mana dr? apa patut saya buat. saya bekerja dibahagian kerani insuran, apa mungkin stress di tempat kerja mempengaruhi? ataupun berat badan? berat badan saya 100kg above, ketinggian saya 149cm , memang ikot bmi saya diketegorikan obes. penyelesaian saya macam mana doc? please help me

Hello. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Kitaran haid yang datang dengan tidak menentu boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah kehamilan, penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD), pengambilan pil atau suntikan perancang keluarga, menopause, penyakit PCOS, masalah tiroid, berat badan berlebihan, senaman yang berlebihan dan tekanan mental.

Mengikut masalah yang dijelaskan oleh anda, kitaran yang tidak seragam dan tidak menentu ini mungkin disebabkan oleh berat badan anda dan tekanan di tempat kerja. Mengikut kajian, berat badan yang berlebihan ataupun seseorang yang terjejas dengan obesiti, boleh menyebabkan masalah sama seperti yang dihadapi anda ini kerana kadar lemak di badan yang tinggi boleh mempengaruhi hormon dan tahap insulin anda.

Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anda perlu mengambil pemakanan yang seimbang, mengikut piramid makanan ataupun nasihat pakar pemakanan. Elakkan dari mengambil makanan atau minuman yang tinggi gula, garam dan minyak. Amalkan senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit kerana ia boleh membantu dalam meningkatkan metabolism dan menghalang pelbagai jenis penyakit. Selain itu, ia juga boleh menurunkan kadar tekanan. Elakkan merokok dan mengambil minuman keras. Anda perlu berdisplin dan konsisten dalam melakukan perkara ini.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda.

Faktor- faktor ini mungkin menyebabkan anda mengalami penyakit Polycystic Ovarian Syndrome. Penyakit ini adalah masalah hormon yang yang menjejaskan kitaran haid wanita. Pesakit biasanya akan mengalami masalah haid kerana ovari mereka tidak boleh melepaskan ova secara teratur dan ia disebabkan oleh ovari mereka yang berkembang menjadi folikel kecil dengan koleksi cecair.

Anda boleh merawat masalah kitaran haid anda dengan pil kontraceptif seperti Loette, Marvelon, Meliane, Mercilon, Microgynon dan sebagainya. Ubat ini boleh membantu kitaran haid anda. Selain itu, anda haruslah mengurangkan berat badan anda. Mengikutkan BMI (Body mass index), seseorang haruslah mempunyai BMI 20 hingga 25 dan anda mempunyai BMI sebanyak 45 yang boleh dikategorikan sebagai morbidly obese.

Anda boleh mulakan gaya hidup sihat anda dengan membuat senaman sebanyak tiga kali seminggu selama tiga puluh minit. Anda boleh melakukan brisk walking, jogging, zumba dan menyertai gim di kawasan anda. Anda boleh melihat perbezaan pada diri anda selepas 1 bulan, anda akan berasa lebih bertenaga dan ceria.

Anda juga haruslah mengawal makanan anda dan makan makanan yang seimbang. Lebihkan pengambilan sayur- sayuran, buah- buahan dan kurangkan makanan yang berminyak seperti ayam goreng, ikan goreng dan makanan yang berlemak. Anda dinasihatkan makan makanan yang direbus kerana ia mempunyai kalori yang rendah. Selain itu, anda haruslah kerap minum air suam dan mengelakkan minum minuman manis kerana ia mempunyai kadar gula yang tinggi. Selamat bermaju jaya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)