Sulit
3 tahun
Saya baru Berhenti makan pil perancang hampir sebulan yg lalu
Saya sudah berhenti makan pil perancang sebulan yg lalu dan tiap2 bulan sy tak pernah tak datang bulan. Tapi bulan ni saya masih x dtg bulan ade kah saya hamil? Bila check upt negetif
sy x
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sebilangan wanita mungkin mengalami perubahan dalam kitaran haid mereka setelah berhenti mengambil pil perancangan keluarga. Hal ini kerana, tanpa aturan tetap hormon dari pil tersebut, kitaran haid boleh berubah. Antara masalah yang mungkin berlaku adalah kitaran haid menjadi tidak teratur atau mula mengikuti jadual yang berbeza. Beberapa wnita juga mungkin mengalami tempoh haid yang lebih lama atau lebih menyakitkan. Kebiasaannya kitaran haid anda akan kembali normal selepas 3 bulan anda berhenti mengambil pil.
Namun, saya tidak menolak kemungkinan masalah haid lewat ini mungkin disebabkan oleh maslaha lain seperti:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.