Sulit
5 tahun
Saya berumur 20 tahun , sudah 3 bulan saya tidak datang haid dan saya tiada melakukan sebarang aktiviti seks . last 2 bulan datang haid , darah yang keluar hanya sedikit
saya berumur 20 tahun , sudah 3 bulan saya tidak datang haid dan saya tiada melakukan sebarang aktiviti seks . last 2 bulan datang haid , darah yang keluar hanya sedikit .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan.
Sebelum menjawab soalan anda, terlebih dahulu anda perlu mengetahui kitaran haid anda pada setiap bulan. Kebiasaannya, kitaran haid untuk wanita normal adalah antara 21 ke 35 hari dan alirannya antara dua ke tujuh hari untuk setiap kitaran.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang dan tidak dilepaskan ke tiub Fallopio.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Ketidakstabilan hormon disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk siasatan lebih lanjut untuk mengetahui punca sebenar agar rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

























