Sulit

2 tahun

Saya mengalami benjolan pada ketiak selepas memakai satu jenama produk deodoran dan benjolan itu terasa sakit yang menganggu kehidupan harian saya

Hi, saya wanita berusia awal 20-an. Pada pertengahan bulan puasa 2021 saya menukar produk deodoran saya kepada deodoran lady speed stick. Pada awalnya saya selesa memakainya kerana ianya berbau wangi dan menghalang ketiak saya daripada berpeluh. Setelah 1-2 minggu memakainya, saya merasakan ketiak saya sering mengalami kegatalan. Kemudian setelah seminggu hari raya, saya mendapati ketiak saya terdapat kesan merah2 dan seperti mengelupas. Sejak itu saya berhenti memakai deodoran tersebut dan saya sapukan dengan krim jenama rosken yang botolnya berwarna oren. Ketiak saya bertambah baik apabila menyapunya tetapi ketiak saya mula kelihatan hitam sedikit.

Kemudian saya ingin mencukur bulu ketiak saya tapi saya risau jika saya cukur ketiak saya akan rasa sakit semula. Jadi saya mencukurnya dengan krim mencabut bulu. Sewaktu saya sedang memakainya ketiak saya berasa sangat sakit dan pedih. Saya membasuhnya dan menyapu krim rosken tu semula. Sekali lagi, ketiak saya kurang merahnya tetapi masih ada hitam malah bertambah di pelipat ketiak saya. Jadi saya mengambil keputusan untuk mencukur ketiak saya dengan pencukur tanpa krim. Kemudian saya membeli satu produk krim deodoran dari instagram yang mengandungi bahan semulajadi. Jadi saya memakainya dan saya merasa gatal-gatal kemudian ketiak saya muncul satu dua jerawat di dua2 belah ketiak.

Bila munculnya jerawat, saya merasa sakit di ketiak saya. Mulanya saya ingat sebab jerawat rupanya ada benjolan di ketiak kiri saya. Saya ingatkan itu hanya jerawat yang baru nak tumbuh tapi makin lama ianya makin sakit dan benjolannya terasa di dalam. Ianya sangat sakit walaupun saya tidak menyentuhnya apatah lagi menyentuhnya. Tapi apabila menyapu krim deodoran ketiak saya tidak merasa pedih cuma gatal sahaja. Mungkin sebab kulit saya hendak membiasakan dengan krim deodoran tu atau ingin mengeluarkan kotoran di ketiak saya. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah benjolan itu berbahaya? Adakah benjolan itu akan hilang sendiri? Adakah benjolan itu datang daripada produk deodoran yang saya gunakan sebelum ini? Benjolan itu sangat menganggu aktiviti harian saya…saya sukar untuk menggerakkan tangan saya. Dan baru2 ini ketiak kanan saya juga terasa sakit dan mungkin benjolan yang sama ingin tumbuh cuma ianya tidak terlalu besar. Oh ya, jerawat di ketiak saya juga sudah makin menghilang cuma kesannya masih ada. Saya runsing memikirkan benjolan itu. Setiap hari saya merasakan kesakitan. Mohon pendapat daripada doktor supaya dapat membantu saya.

Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan:

  • Fibroadenoma
  • Sista
  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Lipoma
  • Jangkitan kulat
  • Penyakit lupus
  • Kanser payudara
  • Limfoma
  • Leukemia

Anda boleh merujuk segera pada doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

AdobeStock_130455142

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)