Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami berak berdarah dan sakit di bahagian dubur seteleah membuang air besar

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 30, 2020 1:24 PM

Sulit 2 bulan

Saya lelaki berumur 26 tahun. Mengalami berak berdarah dan juga sakit di bahagian dubur setelah membuang air besar. Saya memang pernah mengalami situasi ini tapi ia “on-off”. Boleh dikatakan setiap 4-5 bulan sekali baru terjadi situasi ini. Saya ingin mengetahui jika ada ubat atau losyen natau makanan sampingan ynng boleh saya ambik secara harian bagi mengelakkan masalah ini berulang.

Terima Kasih.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:

  • Fisur dubur (anal fissure) – selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
  • Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
  • Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
  • Radang usus
  • Irritable bowel syndrome

Anda perlu melebihkan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda juga perlu pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kurangkan makanan yang sukar dihadam seperti daging merah untuk mengelakkan sembelit.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 30 2020 13:24:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Najis hitam dan berdarah dan sakit perut hello doktor sya lelaki umur 29 thn…saya nk bila saya g buang air besar…saya susah nak buang n najis ckit je keliar wrne hit…serta berdarah…apa kah punca nye ye Baca lagi...
17 hari
Sulit
Dubur keluar darah selepas buang air kecil Selamat petang, doktor. Saya berumur 39 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis. Saya perasan ada titisan darah di toilet bowl yang keluar dari bahagian dubur selepas saya membuang air kecil… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Buasir ada titisan darah Ubat untuk menghentikan titisan darah semasa buang air besar yang boleh didapi difarmasi.contoh supositori atau ubatan lain… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Masalah buang air besar berdarah Hi Doctor, Saya Nur Rabiatul 26tahun, ingin bertanya semasa saya membuang air besar saya yang terlihat ada darah merah menitikkeluar dari bahgian dubur saya, mula nya saya ingatkan saya datang… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Suami sering merasakan perut tidak selesa dan mengeras dan pembungan air besar mengeluarakan darah suami saya sering mangalami masalah perut tidak selesa dan akan mula mengeras…apabila die rasa tidak selesa pasti die akan rasa seakan mahu buang air besar dan kemudian akan mengeluarkan darah y… Baca lagi...
25 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi