Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami gejala batuk yang sudah lama . bermula dari tahun 2017 sampai sekarang

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 19, 2020 1:31 AM

Sulit 53 hari

saya mengalami satu penyakit batuk yang sudah agak lama. sudah beberapa kali ke hospital rujuk ke doktor, mereka memgesyaki penyakit tibi, bila beberapa kali lakukan ujian tapi sebenarnya bukan sakit tibi .

gejala yang saya alami terutama waktu malam semasa hendak tidur ialah, sakit dada (terasa sempit), batuk berkahak yang berterusan, kerap sendawa dan nafas berbunyi².

saya ada buat beberapa rujukan, dan kemungkinan penyakit yang saya alami ini GERD ?

Dr Sashini Seeni 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:

  • Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Anda juga akan mengalami gejala seperti terbakar pada dada dan kerap sendawa
  • Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
  • Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
  • Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 19 2020 01:31:50 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Demam on off dan batuk melebihi 2minggu doc saya dah batuk lebih 2minggu bila batuk dada saya belah kanan sakit mcm luka… saya demam on off selalu bila malam… dan selalunya saya kena makan panadol dan bagi badan berpeluh baru ok… sela… Baca lagi...
46 hari
Sulit
Batuk on off. Berumur 23 tahun Sudah sebulan lebih saya batuk. Telah berjumpa dengan dokto. Ubat batuk pon da makan. Batuk da ok tak teruk sgt. Tapi bila makan seafood atau jenis kekacang saya mula batuk teruk tekak gatal sam… Baca lagi...
39 hari
Sulit
Sakit dada dan batukkering Hello Dr. Saya lelaki berumur 25 tahun. Sekarang saya dh batuk selama 2 bulan. Saya dh pergi ke klinik dan dr bgth yg tekak sy gatal. Sy dh makan ubat smua tp batuk still x ok lagi. Saya dh lam… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Batuk berdarah dan sukar untuk bernafas Hai saya batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Pada masa yang sama saya jugak selesema, dan bersin tidak berhenti. What should i di Baca lagi...
55 hari
yung.karvin
Batuk tidak menentu ketika mandi pagi dan petang. ketika menarik nafas panjang akan membuatkan saya mudah batuk dan hari demi hari semakin teruk selamat ptg dr, saya berumur 53 tahun. saya mengalami batuk-batuk ketika mandi pagi dan petang. ia juga menyebabkan sayaa mudah semput ketika melakukan suatu kerja. apabila saya ingin tarik nafas sepa… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi