Sulit
5 tahun
Saya mengalami sakit kepla , dan kekadng sya rasa ingin muntah ada kh ia sebhgian dri symptom covid 19
Hi doctor. Sya berumur 20 tahun sya mengalami sakit kepla dan Sya contact rapat dgn pesakit covid , sekrng sya mengalami sakit kepla , ada kh sya perlu membuat swab test
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk makluman anda, berikut adalah sebab-sebab yang mungkin dapat menerangkan mengapa anda mempunyai sakit kepala dan loya:
- Hipertensi (darah tinggi)
- Migrain
- Jangkitan otak (meningitis atau encephalitis)
- Stres
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Kafein
Namun begitu, ini hanyalah pandangan am kami mengapa anda mengalami masalah tersebut. Anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan puncanya dapat dicari dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda juga dinasihati untuk memantau gejala anda sekiranya anda mempunyai kontak rapat bersama pesakit COVID-19 baru-baru ini.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































