
Sulit
5 tahun
Saya risau mengandung
Assalamualaikum, saya risau berkemungkinan mengandung sebab telah bersetubuh tiga hari yang lalu, dia tidak melepaskan air maninya kedalam vagina saya, tapi saya tak sure kena permukaan ke tidak, sekarang saya risau, ada tak cara atau ubat untuk elakkan berlaku persenyawaan dan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Terdapat dua jenis pencegahan kehamilan kecemasan; yaitu dengan mengkonsumsi ubat morning after pill dan pemasangan intrauterine contraceptive device (IUCD). Morning after pill biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan secara kecemasan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama.
Sementara itu, pemasangan IUCD pula memerlukan anda untuk mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemasangan alat IUCD. Pemasangan IUCD sebagai kontraseptif kecemasan perlu dilakukan dalam tempoh 5 hari setelah berhubungan.
Memandangkan anda telah 3 hari setelah berhubungan (tergantung kepada jam) anda masih boleh memlih samaada untuk mengambil pil ataupun memasang IUCD. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian memandangkan pil morning after perlu didispensikan oleh ahli farmasi sendiri. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.