Sulit
4 tahun
Saya selalu gastrik
Hi doktor, saya nak tanya kalau saya asyik gastrik je , takkan kena penyakit lain atau effect apa2 ke? sebab saya ni jaga jugak makan tapi bila dah gastrik susah ada yang xboleh ada yang boleh … sebabtu saya mudah gastrik . dah banyak kali pergi klinik amik ubat . Jadi saya nak tahu , kalau selalu sangat gastrik xkena effect penyakit lain ke
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gastritis adalah satu kondisi yang mana lapisan dalam perut terjadi keradangan. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria H. Pylori, H. Heilmannii, virus, dan lain-lain
- Autoimun
- Pengambilan ubat NSAID
Apabila kondisi diatas tidak terkawal, biasanya keadaan boleh memburuk sehingga terjadi penyakit-penyakit yang berikut. Antaranya:
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Esophagitis
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























