Anonymous
3 tahun
Saya sering rasa badan melayang telinga Kiri sering berdesing.. Apakah puncanya
Umur saya 51 thun tiada darah tinggi, tp badan seeing rasa ringan Dan melayang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, telinga berdesing disertai rasa melayang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Meniere’s disease yaitu penyakit telinga dalam
- Otosklerosis ketumbuhan tulang abnormal di telinga tengah
- Noice induced hearing loss kehilangan pendengaran akibat bunyi bising
- Presbiakusis yaitu kehilangan pendengaran terkait umur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.