Sulit
2 tahun
Scan abdomen utk tengok rahim wanita
hai doc,saya nak tanya, kalau scan abdomen untuk tengok rahim terlalu kerap dalam 4 ke 5 kali dalam setahun adakah akan mengalami kesan pada tubuh atau organ dalaman? Adakah bahaya jika kerap melakukan scan abdomen? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pemeriksaan scan abdomen menggunakan radiasi sinar-X. Paparan radiasi yang berterusan boleh mendatangkan bahaya dan dapat merosak DNA sel-sel tubuh, sehingga meningkatkan risiko terjadinya kanser. Namun, risiko ini sangat kecil pada orang yang menjalani prosedur scan abdomen sesekali.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.