
Sulit
4 tahun
Sekeliling bibir ade bintik2 yg berair
Sy wanita 20an, bibir sy mngalami bintik2 merah serta mengeluar cecair, bengkak n mudah kering kalau x pakai lipbalm. Perkara tu start terjadi dec tahun lepas n okay jan tahun ni, tp hujung bulan feb terjadi semula. and sy dah pergi ke klinik n doc just bg cream utk sapu n ubat tahan sakit. Sampai skrng sekeliling bibir sy ade bintik merah n berair, n pedih bila makan something yg pedas. Ape yg kena sy buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Secara umumnya gejala bintik-bintik merah & berair di sekitar mulut boleh disebabkan oleh:
- alahan
- acne
- dermatitis kontak iritasi
- rosacea
- facial erythema
- cutaneous lupus eretemotous
- tanda tanda awal ruam
- gangguan akibat kulit berpeluh
- tanda-tanda jangkitan STD
- atau gangguan kulit yang lain
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
- kondisi kesihatan anda,
- apakah ada keterkaitan produk anda dengan kondisi kulit saat ini
- atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.