
Sulit
4 tahun
Seks ketika period boleh hiv atau std?
Sy wanita 22 tahun menyertai poligami. Suami sy mempunyai 2 isteri termasuk sy. Beberapa hari yg lalu sy melakukn seks dengn suami sy pada hari kelima datang haid. Sy tidak perasan darah sy masih ada. Kami melakuknnya tanpa kondom. Apakah kami berisiko menghidap hiv atau std? Berapakah peratusannya? Masing2 tidak mempunyai penyakit kelamin. Apakah cara pencegahan awl untuk elak dijangkitibwalaupun sudah terlanjur?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara cecair yang terdapat HIV dan STD ialah:
- darah
- air mani
- air mazi
- cecair rektum
- cecair faraj
- susu ibu yang HIV-positif
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Cecair-cecair tersebut perlu terkena kulit yang terluka, suntikan ke dalam darah atau membran mukus yang terdapat dalam rektum, faraj dan mulut. Saya nasihatkan anda untuk sentiasa membuat ujian HIV dan STD setiap 3 bulan. Risiko anda juga adalah rendah kerana masing masing tidak mempunyai penyakit kelamin. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.