Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Selalu rasa nak pitam

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 3, 2019 9:39 AM

suedluv3114 13 bulan

Salam doktor… Saya seorang wanita berusia 35 tahun…sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak… Saya ingin bertanya kepada doktor tentang apa yg pernah berlaku pada saya baru2 ni…

Saya mengalami keadaan di mana tangan dan kaki saya berasa kebas dan sejuk…memang xrasa apa masa tu… Jari2 hampir merengkuk2 seperti nak kejang… Saya pula memang nak pitam xboleh berdiri langsung dan bercakap pun xmampu… Disebabkan saya tetlalu sejuk suami picit2kan tangan dan kaki… Kemudian letak air panas… Tp sy memang xrsa pun air tu panas… Yang pasti saya memang resah gelisah dan rasa nak pengsan dan xberdaya…

Saya ke hospital… Doktor yang merawat saya mengatakan tekanan darah saya rendah… 85/46… Kemudian masuk air… Tapi xde bekalan ubat…

*kejadian mcm ni dah berlaku 2x pada saya…

Isunya adalah… Sebenarnya hari2 saya rasa nak pitam… Yang paling tetuk kejadian di atas… Mungkinkah ada masalah lain dalam tubuh badan saya sehingga setiap hari saya akan rasa nak pitam… Kadang2 sedang saya berbual dan ketawa pun saya boleh rasa nak pitam… Tolong saya ye doktor…sebab ada byk. Kali ke klinik dan hospital doktor hanya bagitau sutuh berhat dan paling kuat masuk air je… Harap doktor boleh beri penjelasan kepada saya…

Tetima kasih…

Dr Ramzdhan 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, keadaan anda boleh disebabkan oleh tekanan darah yang tidak normal. Tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80 mmHg.

Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:

  • Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
  • Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
  • Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin

Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 03 2019 09:39:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Anonymous
Tekanan darah dan penglihatan kabur salam doktor, tekanan darah saya 86/59…kira cam rendah la kan…pagi ni saya bangun tidur, pandangan mata saya jadi kabur…bukan sekejap…setakat ni dh lebih 15minit, masih kabur. apa patut saya buat? Baca lagi...
11 bulan
Anonymous
Rasa nak pitam tiba tiba Saya wanita berumur 21 tahun, saya nak tanya kenapa saya tiba tiba rasa nak pitam tapi sebelum ni tak pernah rasa nak pitam atau pitam. Saya berdarah O dan tak cukup hemoglobin. Adakah ia berkaitan ? Baca lagi...
13 bulan
suedluv3114
Selalu rasa nak pitam Salam doktor… Saya seorang wanita berusia 35 tahun…sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak… Saya ingin bertanya kepada doktor tentang apa yg pernah berlaku pada saya baru2 ni… Saya mengalami keadaan… Baca lagi...
13 bulan
Anonymous
Cth : Tekanan darah rendah Saya wanita berusia 26 tahun . Sejak kebelakangan ini saya sering merasa pening tanpa sakit kepala, tubuh terasa melayang-layang dan adakala jantung saya akan berdengup laju dengan tiba-tiba . Apa dok… Baca lagi...
14 bulan
kasmah.akup
Sakit dada sebelah kiri ketika bernafas Saya ppuan usia 38 thn… Sy xde sejarah keluarga sakiy jantung, dn saya jugak tdk ada darah tinggi db kolestrol pun ok…cuma saya ada migrain dn sakit kt pinggang sebelah belakang apabila sy terlampau l… Baca lagi...
15 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi