
Sulit
5 tahun
Selepas operation apendiks
Hello doctor,saya telah melakukan operation apendiks pada 2 bulan yang lepas.Pada,hari ini saja perut saya tiba² sakit yang saya tak boleh tahan,buang air besar normal saja tiada sembelit dan saya mengalami mual dan muntah² dan juga saya sukar untuk bernafas,dada belah kiri saya terasa sakit seperti ditekan oleh orang.Adakah ia serius pada perut saya atau ada sebab lain ? Mohon percerahannya doktor.Terima Kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Melalui penerangan anda sahaja, saya tidak dapat untuk memberi kesimpulan sama ada masalah yang anda hadapi ini serius atau tidak. Namun begitu, sekiranya gejala ini sangat menganggu atau semakin parah, saya galakkan untuk anda berjumpa dengan doktor kerana konsultasi di platform ini sangat terhad memandangkan maklumat yang anda berikan adalah terhad juga.
Namun begitu, masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Sakit perut boleh disebabkan oleh banya perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastritis adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Masalah mual dan muntah ini pula boleh disebabkan oleh masalah di saluran penghadaman, masalah keseimbangan seperti vertigo atau pening kepala atau sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sekiranya masalah ini semkain parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.