
Sulit
4 tahun
Senggugut sebelum period
Saya seorang remaja…bulan ini saya menghadapi senggugut seperti kram perut dan lenguh kaki…ia berlaku seminggu sebelum period…adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, mengalami senggugut sebelum datang haid adalah normal. Anda berkemungkinan mengalami premenstrual symptom (PMS) ataupun gejala sebelum datang haid. Antara gejala lain PMS adalah:
- Perubahan mood (senang sedih, marah dan sebagainya)
- Lemah-lemah badan
- Senggugut atau tidak selesa di bahagian bawah perut
- Perubahan selera makan
- Gangguan tidur
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Dalam kebanyakan orang, perkara ini adalah normal dan tidak memerlukan perhatian. Sekiranya gejala-gejala ini mengganggu anda sehingga mengganggu tidur dan aktiviti harian anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya rawatan dan bantuan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.