Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering mual, pening kepala & tak larat berdiri lama

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 10, 2020 2:36 AM

Sulit 49 hari

Hi doktor. Saya sedang hamil dalam 2 bulan. Saya kerapl rasa mual, pening kepala yg sgt teruk, saya x larat berdiri lama2, badan akan mula rasa berpeluh jantung degul kencang macam lrg nak pitam. Adakah ini normal kerana saya tidak larat membuat apa2 dalam keadaan saya yg sebegini, dan di cop pemalas dgn kluarga mentua

Dr Ramzdhan 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang ditujukan

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh anda, kami memahami kebimbangan anda dengan simptom-simptom yang anda alami ketika dalam kandungan 2 bulan. Simptom-simptom ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.

Untuk makluman anda, perasaan mual, pening kepala dan juga jantung berdegup laju (palpitations) kadangkala adalah benda normal ketika waktu awal kandungan. Walaubagaimanapun jika masalah tersebut berterus dan menjadi lebih teruk, ia boleh disebabkan oleh masalah yang lebih mendalam.

Antara sebab-sebab mengapa anda mengalami simptom tersebut ketika hamil ialah:

  • Perubahan hormon agar badan kita menyesuaikan diri dengan kandungan baru
  • Perubahan jumlah aliran darah yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah atau tinggi
  • Stress atau kegelisahan
  • Penyakit ibu yang sedia ada sebelum hamil seperti tekanan darah tinggi, diabetes atau penyakit jantung
  • Kekurangan jumlah gula dalam darah

Anda boleh cuba mengamalkan yang berikut untuk mengurangkan gejala ini:

  • Banyak berehat dan tenangkan diri
  • Kurangkan makanan bergaram atau makanan seperti daging, keju dan makanan diproses.
  • Gunakan pek sejuk untuk mengurang sakit kepala
  • Bersenam
  • Jangan merokok dan minum alkohol

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sekiranya masalah tersebut semakin teruk dan berpanjangan sepanjang tempoh kehamilan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Dikemaskini pada: Mon Aug 10 2020 02:36:35 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Caffox dan kehamilan Hai doktor…dalam tempoh 2bulan ni boleh dikatakan setiap hari saya akan makan 2@3 biji caffox sehari untuk migrain saya tapi baru2 ni saya dapat tahu yang rupanya saya sedang hamil cuma tak past… Baca lagi...
6 jam
kingraj
Adakah IVF selamat dilakukan? Hai doktor, saya dan suami sudah 4 tahun berkahwin namun masih tidak dikurniakan zuriat. Saya ada terbaca tentang IVF boleh membantu. Adakah IVF selamat dilakukan dan dia ada risiko tak? Baca lagi...
13 hari
Sulit
Tempoh mencuba sebelum jumpa doktor Doktor, saya dah kawin 6 bulan tapi masih tak mengandung, saya risau kalau saya atau suami tak subur, patut ke saya pergi jumpa doktor sekarang atau saya patut cuba lagi ? Baca lagi...
13 hari
Sulit
Pregnancy test - Anemia Assalammualaikum doktor , sy nk tnya sedikit mengenai isteri saya . pada awalnya isteri saya mengandung tp kandungan dalam tu tidak bernyawa lg dan kami gugurkan sbb tidak ready lagi utk ada ana… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Jantung terasa berdegup tidak sekata semasa hamil saya wanita berumur 30 tahun. sejak hamil 6 bulan saya merasa jantung berdegup tidak sekata. apakah masalah yang saya alami? dan adakah ia bahaya pada saya dan kandungan? saya amat risau Baca lagi...
11 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15