
Sulit
4 tahun
Sering muntah air buih dan makanan
sy berumur 29 tahun… sering muntah… pada saat tertentu… ada masa sy muntah air buih… ada masa sy muntah makanan…sy ikot saranan hospital ubat gasterik pil sy ambil … lebih 1 tahun sy mcm ni doctor … apakah ounca masalah sy alami doctor… selain skop… sebab sy muntah ada masa ok … ada masa muntah… pada saat tertentu doctor… saranan doctor apakah untuk sy ?bagi mencrgah muntah air buih … dan muntah tidak hadam makanan berserta buih …dan muntah angin masam? thank you doctor…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Food poisoning
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Achalasia
Memandangkan anda mengalami masalah ini selama setahun, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar. Hal ini kerana muntah yang kerap dan berpanjangan boleh menyebabkan risiko ketumbuhan pada salur makanan anda. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.