Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan kurang bertenaga
Hi doc,saya berumur 16,kadangkala saya berasa sesak nafas manakala sakit di bahagian dada tapi berlainan masa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah rendah dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan, bulu haiwan
- Asma
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah sesak nafas ini berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.