
meobhiey1996
5 tahun
Sesak nafas Dan sakit Dada sebelah kanan
Nama saya Bibiana, saya berusia 23 .Malam ini saya merasakan sesak nafas Dan sakit Dada sebelah kanan(bawah payudara).Saya pernah melakukan ECG brpa Kali tapi jantung saya tiada masalah. Bagaimana Cara meredakan sesak nafas tersebut doktor?Dari Cara baring @ duduk menyandar?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Paru-paru berair (Pleural effusion)
- Jangkitan paru paru (Pneumonia)
- Jangkitan hempedu
Saya cadangkan Cik untuk tidur atau duduk menyandar. Hal ini demikian kerana jika gejala cik melibatkan cecair yang terkumpul dalam paru-paru, posisi Cik dapat mengelakkan seluruh paru-paru daripada dibanjiri dengan cecair tesebut. Namun begitu, pembetulan posisi mungkin hanya dapat mengurangkan sedikit simptom cik.
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.