Sulit
4 tahun
Sesak nafas, menggigil, panic
saya wanita 23 thn, last month saya ad buat medical checkup, tapi result ok. Lepastu waktu pagi, jantung saya berdebar laju dan saya terus ke hospital kecemasan buat test jantung masa itu tapi a few minit normal. Now kerap jadi rasa macam sesak nafas, pening, mengigil. Tapi benda ni akan jadi bila saya seorang diri, petang ke malam. Pernah buat test DASS saya ada ciri ciri Anxiety Disorder. Kalau boleh saya nakkepastin sebab pergi hospital dapat ubat tahan sakit saja, dan darah saya ok tak ada masalah. Adakah masalah yg saya hadapi ni disebabkan Panic Attack (anxiety disorder) ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami adalah mirip sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat sekiranya sesak nafas yang dihadapi adalah berat. Malah, tidak dapat menolak kemungkinan bahawa anda mungkin mempunyai masalah anxiety.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.