
ndiniesyafiqah
4 tahun
Sesak nafas selepas makan
Saya wanita umur 17,sebelum ni saya kerap sakit perut bhgn bawah kiri&kanan.tetapi sekarang sakit perut dah kurang dan akan dtg secara tiba2 sahaja.
Sekarang, saya selalu sesak nafas lepas makan, tidak kira apa pon makanan tu, boleh jadi yg ringan sampai yg berat.kadang2 sesak nafas boleh dtg beberapa minit lepas makan, kadang2 habis makan, terus sesak nafas. Dan tempoh sesak nafas sangat lama. Tangan pon ada menggeletar dan badan akan jadi lemah dan tak larat sehingga mengganggu pelajaran saya. Sesak nafas ni juga membuatkan saya rasa seoalah2 nak pitam bila berjalan&bangun.jantung kdg2 berdegup kencang.sesak nafas ni tak hilang walaupun selepas tidur

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan sesak napas selepas makan sering dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).