Sulit
3 tahun
Sesak nafas terutamanya pada waktu malam sehingga mengganggu tidur
Saya wanita berumur 20tahun…Saya setiap hari akan rasa sesak nafas dan selalu merasa kaki dan tangan sejuk…Sebelum tidur sya juga susah bernafas sehingga perlu bernafas menggunakan mulut.Posisi yang saya tidur juga perlu menghadap kekanan dan jika xbuat sedemikian,makin bertambah sesak nafas.Untuk pngetahuan doc saya mempunyai gastrik.Saya juga kerap kebas tangan dan kaki.Adakah saya mempunyai penyakit kronik atau sekadar gastrik?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala-gejala yang anda alami boleh berpuncar dari:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang dapat dikaitkan dengan sesak nafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia)
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung (lazimnya berlaku di usia tua), komplikasi jangkitan denggi atau jangkitan paru-paru yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Saya sarankan anda untuk meneruskan pengubatan gastrik yang telah diberikan buat sementara waktu (lebih baik sehingga selesai), atau segera berjumpa doktor di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya gejala bertambah parah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.