
Sulit
4 tahun
Short Luteal Phase for Trying To Conceive
hi doc… sy nk tahu mcm mna cara untuk sy panjangkan luteal phase sy… luteal phase sy cuma 10 hari (period dtg pd hari ke 11dpo)… adkah pengambilan supplement vitex blh bantu pangjangkan luteal phase sy? adakah keadaan ini disebabkan low progestrone hormone? adkah perlu utk sy ambil pil progesterone atau krim progesterone?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, apabila seseorang wanita mengalami luteal phase untuk 10 hari atau kurang, perkara ini dipanggil sebagai short luteal phase atau luteal phase defect. Short luteal phase secara amnya berlaku disebabkan badan tidak menghasilkan hormon progesterone dengan cukup. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan short luteal phase, seperti:
- Anorexia
- Obesiti
- Penuaan
- Bersenam yang berlebihan
- Stress
- Masalah kelenjar tiroid
- Endometriosis
- PCOS
Untuk mendapat diagnosis atau kepastian tentang short luteal phase, doktor akan melakukan ujian darah untuk mengesan hormon progesterone, follicle stimulating hormone dan luteinizing hormone. Doktor juga boleh melakukan imbasan ultrasound untuk melihat keadaan organ reproduktif anda.
Rawatan akan bergantung pada punca short luteal phase anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Buat masa ini, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dulu dan kenal pasti punca short luteal phase anda sebelum melakukan apa-apa langkah rawatan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.