
Anonymous
6 tahun
Sifilis ketika mengandung
Sy seorang ibu mengandung , sy telah di sahkan doktor ada sifilis tetapi dlm nisbah 1:2 . Dan telah diberikan suntikan sebanyak 3 kali . Adakah sy boleh sembuh dari sifilis ? Dan adakah anak sy jugak akan dijangkiti sifilis ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Syphilis) adalah jangkitan daripada bakteria Treponema pallidum yang disebarkan melalui sentuhan kulit dengan luka sifilis pada kulit dan membran mukosa.
Selepas bersalin, bayi yang baru lahir yang terdedah kepada sifilis dalam rahim harus menjalani rawatan antibiotik.Bakteria boleh kekal tidak aktif dalam badan selama beberapa tahun sebelum kembali aktif untuk merosakkan organ badan, termasuklah otak.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.