Sulit

2 tahun

Sifilis : Persoalan yang sering membelenggu di Minda

Salam Sejahtera Dr.

Saya adalah pesakit sifilis dengan bacaan daripada ujian darah adalah 1.64 dan masih di dalam rawatan dan pemantauan dari Klinik Kesihatan.

Saya telah menerima 3 doses suntikan Benzathine penicillin G pada tahun lepas (2020) dan ujian darah telah diambil beberapa kali namun result masih tidak menunjukkan bacaan menurun. Penambahan 1 dose Suntikan Benzathine penicillin G pada awal tahun 2021 telah diberikan dan ujian darah telah diambil namun bacaan tetap Sama.

Pengambilan darah utk ujian VDRL yg seterusnya adalah pada ogos ini

Untuk Makluman Dr., ujian HIV test adalah negative setakat sesi rawatan yang saya hadir di klinik kesihatan tersebut.

Persoalan :

  1. Jika result masih Sama selepas Ujian VDRL, adakah saya perlu rujuk pada Dr. Pakar ataupun Ada procedure lain?

  2. adakah disebabkan pengambilan supplement seperti vitamin C akan menjelaskan ujian darah?

  3. bolehkah saya meneruskan niat utk berkahwin dan menjalani kehidupan secara normal bersama pasangan? Bagaimana dengan perancangan zuriat?

  4. Adakah perlu berjumpa dengan Dr. sebelum merancang utk mendapatkan zuriat? Walaupun sifilis berstatus aktif di dalam badan utk jangka masa panjang dan adakah memberi risiko jangkitan kepada pasangan dan juga anak di dalam kandungan.

  5. Jika sudah berkahwin, selain memakai kondom… Adakah melakukan seks ringan seperti bercium mulut boleh menyebabkan jangkitan sifilis?

Diharapkan bantuan Dr. Dapat memperjelaskan dan memberikan maklum balas berdasarkan soalan yg diberikan.

Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui tentang hasil ujian darah VDRL yang masih menunjukkan bacaan yang sama atau tidak menurun serta kemusykilan yang lain. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk pengetahuan anda ujian VDRL adalah suatu ujian untuk menilai sekiranya seseorang telah dijangkiti bakteria Treponem Palidum atau jangkitan Sifilis, dengan cara menilai kadar antibodi yang dibina oleh sistem perthanan tubuh bagi melawan jangkitan bakteria Treponema.

Oleh itu, hasil ujian VDRL boleh kekal tinggi buat tempoh yang lama. Namun untuk menilai keberkesanan rawatan, terdapat ujian yang lebih khusus seperti Treponemal Test yang boleh diusulkan.

Suplemen vitamin C lazimnya tidak akan menganggu hasil ujian darah kecuali pada pengambilan Vitamin C yang tidak terkawal. Selain itu penyakit sifilis boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung pada kawasan luka atau hubungan seksual.

Untuk menilai kesihatan kesuburan anda selanjutya, kami menyarankan agar perbincangan dibuat oleh dokotor atau doktor pakar di pusat rawatan pilihan anda.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_205646744

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)