Sulit
4 tahun
Simtem mengandong akan tetapi haid dtang seperti biase
Jilalau wanita itu dtang haid seperti biase akan tetapi mengalami simtem mengandung seperti Mual2 pening sensetif tergadap bau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehamilan disahkan bukan hanya dengan gejala yang dialami oleh seseorang individu. Anda perlu membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) dan seterusnya imbasan ultrasound bagi mengesahkan keberadaan janin.
Hal ini kerana masalah mual boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti keracunan makanan, pening kepala, motion sickness, hormon dan sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.