Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Soalan berkenaan hiv aids

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mac 24, 2020 1:51 AM

Sulit 3 bulan

Saya ada melakukan seks pada 5 tahun lepas tanpa memakai condom, tapi sekejap sahaja saya memasukkan kemaluan saya tak sampai 5 minit tanpa mengeluarkan air mani kerana syahwat saya turun. Perempuan itu adalah pelacur yg saya langgan dan saya tidak tahu dia ada hiv ataupon tidak. Saya nak tanya kemungkinan untuk kena hiv itu ada ataupon tidak?

Dr Sri Viknarajan 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak boleh kata putus sama ada anda dijangkiti atau tidak kerana ia bergantung kepada status HIV perempuan itu sendiri yang mana itu di luar jangkaan kami. Namun, kemungkinan untuk jangkitan itu ada kerana dia merupakan pelacur seperti yang dimaklumkan oleh anda.

Untuk makluman anda, berikut merupakan risiko untuk mendapat HIV :

  • Mempunyai lebih daripada satu pasangan seks.
  • Menjalinkan hubungan seks dengan pasangan yang positif HIV.
  • Hubungan homoseksual terutamanya antara lelaki.
  • Mempunyai pasangan yang melibatkan diri dalam aktiviti berisiko tinggi.
  • Penagih dadah terutamanya yang mempunyai tabiat berkongsi jarum.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Mar 24 2020 01:51:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Pemeriksaan penyakit Saya lelaki 23 tahun, saya pernah diliwat sebanyak 2 kali. Saya risau adakah saya akan dijangkiti penyakit daripada hubungan kelamin seperti std dan hiv. Bolehkah saya membuat pemeriksaan di kli… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Masalah hiv rapid test kit saya nak tanya saya ada beli hiv rapid test kit di di shopee pertama saya guna result test is negatif jadi saya simpan 3-4 hari line masih negatif sampai hari ini timbul line sangat blurr pad… Baca lagi...
56 hari
Sulit
3 bulan lepas saya ada melakukan hubungan seks dgn seorg pelacur tnpa menggunakan perlindungan. Dan sekarang saya mengalami gejala demam sudah hampir seminggu nmen Saya berasa lesu dan mengantuk sepanjang masa disamping badan berasa panas seram seram sejuk. Adakah kebarangkalian saya mungkin terjangkit hiv setelah 3 bulan lepas terdedah dlm aktiviti berisi… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Pengambilan Viagra untuk pesakit HIV Saya seorang pesakit HIV.bolehkah saya mengambil pil Viagra? Baca lagi...
48 hari
Sulit
Adakah saya akan dijangkiti oleh penyakit HIV atau tidak Hi doc, saya pernah melakukan hubungan sejenis dah hampir melakukan anal seks tanpa perlindungan tetapi saya hanya memasukkan sebahagian zakar saya kedalam dubur dan mengeluarkan balik atas dasa… Baca lagi...
13 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi