
Sulit
3 tahun
Stamina tidak kuat ketika berkawad
Saya wanita awal 20an. Saya menyertai kawad di universiti. Tetapi, saya sering tiada kekuatan untuk berdiri ketika terlalu lama berdiri. Selalu hampir rasa nak jatuh. Saya sudah makan nasi dan benda yang manis untuk membekalkan tenaga ketika secukupnya kawad. Cuma sayur dan buah saya sahaja tidak ambil (masakan sayur di universiti tidak menarik). Adakah saya perlu mengambil apa2 vitamin supaya badan tidak lagi cepat nak jatuh/lesu/penat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- keletihan yang melampau (extreme fatigue)
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan metabolisme tubuh
- komplikasi dari jangkitan kuman atau patogen:
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- jangkitan parasit
Untuk saat ini anda perlu mendapatkan rehat secukupnya, disamping itu, turut berusaha merubah gaya hidup yang lebih sihat . Anda juga boleh mendapatkan suplemen di platform kami secara atas talian, Selain itu, cuba berusaha agar menjauhi faktor yang merosakkan kesihatan tubuh seperti gangguan stres, kekurangan tidur, habit yang tidak sihat, dan lain-lain.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.