
Sulit
3 tahun
Stop makan Pil perancang yasmin dan masih beluk datang period. Adakah normal?
Saya 28tahun… Saya sudah makan pil perancang yasmin hampir selama setahun. Tetapi saya sudh stop mkn pil tersebut hampir sebulan. Saya tidak dtg period. Saya belum cek kehamilan. Adakah itu normal atau sebaliknya? Boleh doktor terangkan? Jika saya mahu ambil semula pil perancang, bagaimana cara y betul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu haid lewat setelah berhenti memakan pil perancang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pengambilan pil perancang kehamilan akan mengambil beberapa waktu sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya.
Bagaimanapun, secara amnya, gejala lewat haid juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Akan tetapi, ia juga boleh berpunca atas beberapa faktor kesihatan yang lebih serius , seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan dengan ubat turun darah, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan supaya mengelak sebarang komplikasi lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca masalah haid yang anda alami agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Ginekologi