
Sulit
4 tahun
Suami pancut di luar
saya wanita berumur 24 mempunyai anak baru 5 bulan baru baru ni suami ajak bersama tapi saya enggan…masih trauma…mlm tadi suami hanya pancut di depan vagina tidak masuk ke dala sebb takut saya masih sakit…adakah risiko untuk saya mengandung? walaupun suami tidak masukkan zakar ke dlm vagina saya?air mani hanya meleleh saja di vagina saya tapi tidak masuk ke dalam? adakah saya patut beli ubat emergency di farmasi? boleh ke makan walaupun tidak mengandung ada side effect tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Terdapat dua jenis pencegahan kehamilan kecemasan; yaitu dengan mengkonsumsi ubat morning after pill dan pemasangan intrauterine contraceptive device (IUCD). Morning after pill biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan secara kecemasan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama.
Sementara itu, pemasangan IUCD pula memerlukan anda untuk mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemasangan alat IUCD. Pemasangan IUCD sebagai kontraseptif kecemasan perlu dilakukan dalam tempoh 5 hari setelah berhubungan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih