Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sudah 1 bulan lebih ini saya belum haid

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 23, 2020 2:51 AM

Sulit 13 hari

Dok saya mau tanya…kenapa bulan ini saya belum lagi haid… Saya juga sudah periksa kedokter hasilnya saya tidak mengandung… Saya mataku apa penyebab sebetulnya, dan saya risau takut terjadi hal yang tak di inginkan… Tolong sarannya dok

Makasih

Dr Ramzdhan 13 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh:

  • Kehamilan
  • Umur

Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.

Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.

  • Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.

  • Ubat-ubatan

Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.

  • Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 23 2020 02:51:20 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Tidak datang haid 3 bulan dan sakit pada bahagian rahim Saya wanita berumur 21 tahun dan belum berkahwin . Awal bulan april saya telah membuat pemeriksaan kesihatan di kkkl kerana badan belakang saya terasa amat sakit sehingga ke leher dan tangan . S… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Masalah period cycle…selalu normal, kali nie lambat dtg..adakah normal? Saya berumur 22 tahun…nak tnye, my last period start 26th April…last till 7 days…and selalunye cycle lentgh 28 hari…tapi smpi hrinie…still x dtg2…is it normal?? Oh bte, nie bru kali nie jdik mcm… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Masalah tidak datang bulan 2 bulan Kenapa ye saya 2 bulan saya tidak datang bulan , sedangkan saya cek upt negative , pastu o gy scan pon tak dk pape Baca lagi...
2 jam
Sulit
Period tidak teratur 5 bulan saya wanita 29 tahun, saya mempunyai masalah period tidak teratur sebelum ini 2 bulan baru period datang tapi kali ini last sy period pd bulan jan 2020 dan sehingga kini saya tidak period…saya j… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Tidak period sebulan tetapi mempunyai tanda hamil 1 saat hai doc, saya nak tanya kenapa saya tidak haid selama sebulan tetapi saya cek upt negatif sedangkan saya rasa pening kepala ,nak termuntah , tapi keluar darah sedekit selama 5 hari teta… Baca lagi...
4 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi