
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas,hidung tersumbat,telinga beedesing
Hi doktor,saya remaja perempuan.Saya mengalami sesak nafas dan hidung tersumbat tanpa hingus.saya sudah ke klinik dan buat pemeruksaan jantung kerana nadi saya laju.sudah 2 kali saya buat pemeriksaan dan keputusan jantung saya baik.saya juga telah buat pemeriksaan darah dan darah juga okey.sebelum ini saya hanya membiarkan hidung saya tersumbat tetapi sejak minggu lepas saya cuba untuk mencari solusi akan masalah ini.apabila saya baca apa yg ada di google saya berasa takut dan tertekan.saya selalu berasa saya menghidap penyakit kronik.bila saya terlalu tertekan tiba tiba telinga saya berdesing.saya berasa amat takut hingga tiada selera makan.adakah betul masalah telinga berdesing,sukar bernafas dan hidung tersumbat dikaitkan dengan masalah kanser hidung?saya selalu membaca masalah kanser hidung ini kerana saya amat takut.saya juga selalu menangis apabila teringat penyakit yang saya rasai.saya juga akan berasa kebas tangan dan kaki.kaki dan tangan saya juga selalu sejuk.saya juga cuba bernafas menggunakan mulut tetapi kadang kadang masih rasa tak puas.leher saya juga berasa tegang bila saya rasa tertekan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi, Namun begitu, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami memahami masalah sebenar anda. Oleh itu, sukar untuk saya menerangkan apa yang terjadi pada anda.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- sesak nafas makin teruk
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan kebas tangan dan kaki yang anda rasakan, ianya boleh disebabkan kondisi kesihatan yang lain seperti gangguan saraf, atau penyakit tiroid. Namun, pelbagai maklumat harus ditanyakan kepada anda sebelum suatu diagnosis ditetapkan.
Anda juga diminta untuk menjaga pemakanan supaya badan sentiasa cergas.
Anda perlu bertenang dan tidak terlalu memikirkan soal penyakit kanser, kecuali sekiranya anda mengalami gejala seperti hidung berdarah, hidung berair, kurang pendengaran, dan penurunan berat badan, anda sebaiknya merujuk perkara ini secara langsung dengan doktor melalui konsulatsi khusus.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih