Sulit
6 tahun
Susah nak hamil dan period sedikit
Saya berusia 22tahun sudah berkahwin 8bulan tp belum dikurniakan cahaya mata. 2hari lepas sya dtg bulan tp darah mcm hitam mcm tu tp sedikit sahaja, hari kedua pon sama dan hari ketiga xde darah yg keluar. Sye juga mengalami skit perut, pening2 dan deman.dan sye jugak bertanya ade tips atau ubat2 yg boleh memudahkn sye hamil.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tempoh haid yang normal adalah selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan haid anda berlangsung selama 3 hari, justeru, tempoh haid anda boleh dikatakan normal.
Merujuk kepada kenyataan anda tentang susah hamil, sebetulnya ketidaksuburan dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan seperti bentuk rahim
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis yaitu apabila tisu rahim tumbuh diluar rahim
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Memandangkan anda telah berkahwin hampir setahun, sebaiknya anda merujuk doktor untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































