
Sulit
4 tahun
Susah tidur malam dan sentiasa rasa takut
Salam sejahtera. Saya gadis berumur 25 tahun. Sejak sebulan yang lalu saya susah nak tidur awal. Saya selalu akan paksa tidur bila jam menunjukkan pukul 3 - 4 pagi. Ada masa saya akan terjaga awal disebabkan jantung berdebar. Waktu itu, tiba- tiba je saya fikir saya akan mati. Waktu badan saya berpeluh sejuk, jantung berdengup laju dan rasa tak tentu arah. Sejak minggu lalu saya rasa takut nak tidur. Sebab saya takut saya takkan bangun lagi. Rasa tak tentu arah dan kaki dan tangan saya sejuk. Adakah ia normal? Perlukah saya berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Semestinya gejala yang anda hadapi adalah tidak normal. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat banyak soalan yang harus diajukan untuk pihak kami mendapatkan sebab sebenar gejala anda.
Namun, untuk makluman pihak anda, kesukaran untuk mula tidur dan sering terjaga dari tidur adalah antara gejala insomnia. Masalah ini boleh menyebabkan kepayahan ketika mahu mula tidur, sering terjaga dari tidur, bangun tidur di awal pagi atau pesakit bangun dari tidur dan masih berasa letih dan tidak segar. Walaubagaimanapun, terdapat sebab lain yang berkemungkinan dialami oleh anda. Antaranya:
Tekanan/ Stress
“Central Sleep Apnea” Pernafasan berhenti diselangi fungsi normal yang berlaku beberapa kali sewaktu tidur
“Pernafasan Cheyne-Stokes” Masalah tidur yang berkaitan dengan kegagalan jantung
Insomnia disebabkan ubat-ubatan
Oleh itu, adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan lengkap boleh dilakukan dan anda boleh dapatkan diagnosis yang paling tepat.
Selain itu, masalah jantung berdegugup laju ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali sekiranya masalah ini berlanjutan atau sehingga menganggu kualiti hidup anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.