Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sy kerap sakit pinggang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 28, 2020 1:26 PM

Sulit 2 bulan

Assalamualaikum Dr…sy nk tanya kenap sy kerap sakit belakang ye bila berdiri lama sikit je mesti sakit…umur sy baru je 20…lepas tu kalau sy buat x layan je sakit ni dy blh buat sy sesak nafas x blh nk bernafas dng normal kenap ye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Otot belakang yang terseliuh

  • Ketegangan otot belakang

  • Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)

  • Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:

    • Batu karang pada saluran buah pinggang

    • Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita

    • Masalah pada struktur ovari pada wanita

    • Masalah pada usus

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 28 2020 13:26:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan sebelah bawah Saya wanita berumur 21 tahun menghadapi masalah sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan di sebelah bawah. Tetapi masalah ini jarang berlaku kepada saya doktor cuma apabila sakit ini berlak… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Sakit Ari Ari dan Pinggang seperti menyucuk saya berumur 21 tahun . saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan ari2 . saya dah mengalami untuk beberapa hari ni . period saya lambat lg . boleh saya tahu kenapa ya ? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit pinggang/sakit perut Assalamualaikum Dr. Kelmarin, saya terasa sakit sgt di bahagian bawah perut dan terasa sakit hingga ke bahagian pinggang kanan (seolah2 ada saluran yg sakit dari pinggang kanan sehingga ke bawa… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Sakit bahagian ginjal belah kiri Kawan saya slalu mgadu sakit bahagian ginjal kiri, dan x dpt control waktu kencing dia kdg dia x perasan pun. Umur masi 17 tahun dan bsekolah. Bole beri sdikit penerangan doktor? Baca lagi...
36 hari
Sulit
Sakit punggung sebelah kiri berdekatan pingggang Saya lelaki umur 23thn , sejak2 akhir2 ni saya rasa mcm saiz punggung sebelah kiri saya macam besar sedikir berbanding sebelah kanan. Saya aktif main badminton , kalau saya lepas main badminton… Baca lagi...
22 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi