Sulit
4 tahun
Sy mengalami masalah kutil kelamin
Saya lelaki 17 tahun…sy bru perasan terdapat kutil kelamin yg halus ii di keliling kepala zakar sy dan ia nya tidak banyak…tiada rasa gatal atau sakit sama sekali…apakah yg perlu sy lakukan n adakah penyakit ini boleh sembuh tanpa perubatan ataupun ianya normal?
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mendapatkan maklumat perihal kutil yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kutil adalah lapisan kulit lebih yang tumbuh disebabkan jangkitan virus HPV. Ia selalunya kecil serta tidak sakit pada kemaluan. Namun begitu, terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyerupai gejala yang anda alami. Antaranya:
- Kutil kelamin
- Sifilis
- Reaksi alahan
- Ketumbuhan kulit
- Kanser kulit
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memerikan nasihata rawaatn serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Namun begitu, jika ia adalah disebabkan jangkitan HPV penyakit ini boleh pulih pada beberapa minggu atau bulan. Perkara utama adalah untuk tidak menjangkiti orang lain melalui hubungan seks atau seks oral. Terdapat juga krim untuk disapukan pada kutil tersebut.
Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah



























