Sulit
3 tahun
Symtom Covid-19, Perlu screen test?
Hi, saya ada membuat perjalanan pergi dan kembali dr Johor ke Klang pada 8 Januari 2021. Pada malamny sy rasa nak demam, tp sy masih positif sbb mungkin penat. Esoknya sy elok tetapi malamnye rasa nak demam & selesema. So sy ada mengambil panadol untuk elak demam dan mmg sy sihat lepas tu. Pada 10 Januari 2021, saya ade pergi ke office dan keesokkan harinya HR email kepada kami yg terdpt seorang staff mengidap Covid-19. Walaubagaimanapun sy telah kembali semula ke Johor dan bos minta sy Kuarantin selama 14 hari sbb sy bkn cntct yg terlalu rapat ketika ke office. Selang beberapa hari sy mengalami sesak dan nafas dan skrg sy mengalami batuk. Soalannya, perlu tak sy buat screen test? Caranya macam mane ye?
3 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Walau bagaimanapun simptom-simptom tersebut secara umumnya boleh berlaku setelah 14 hari dari terpapar dengan jangkitan COVID-19. Selain itu, terdapat juga apa yang dinamakan kes tidak bergejala (asimptomatik), dimana seseorang individu yang boleh menyebarkan virus, tidak mempunyai gejala sama sekali dan tidak diketahui oleh mana-mana pihak, sehingga dilakukan saringan.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini