Sulit
3 tahun
Tak period selama 6 bulan
Hai doktor , saya berumur 26 tahun . Saya sudah 6 bulan sehingga sekarang tidak period … saya juga masih breastfeed anak berumur 2 tahun … adakah itu normal doktor ?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid berbulan-bulan. Untuk makluman anda, banyak kemungkinan boleh dikaitkan dengan haid yang tidak datang seperti:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu, saya sarankan untuk anda melakukan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT).
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!