
Sulit
3 tahun
Tanda rahim jatuh, cara kesan rahim jatuh
hai doc, apa tanda tanda rahim jatuh? dan cara untuk kesan rahim jatuh? dan cara untuk elak daripada rahim jatuh.
Terima kasih
.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang simptom rahim jatuh dan cara untuk mengelaknya. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan dengan baik.
Mengikut definisi, peranakan jatuh atau prolaps rahim adalah keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau vagina yang terkeluar daripada tempatnya. Ia sering disertai dengan penglibatan organ sekitarnya seperti pundi kencing dan rektum dubur.
Berikut adalah simptom-simptom yang perlu diberikan perhatian oleh setiap wanita yang mempunyai risiko rahim jatuh:
- Perasaan “berat” atau “tekanan” pada bahagian kemaluan atau sekitar pelvis
- Kesakitan pada bahagian pelvis/belakang ataupun vagina ataupun ketika melakukan hubungan seksual
- “Benjolan” terkeluar daripada vagina atau dalam ruang vagina
- Kencing keluar dengan sendiri apabila ketawa, batuk mahupun bersin
- Perlu kencing secara kerap dan tiba-tiba
- Kencing tidak lawas
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah prolaps rahim:
- Kurangkan berat badan sekiranya obesiti atau berat berlebihan
- Berhenti merokok
- Dapatkan rawatan bagi sembelit dan batuk berpanjangan
- Elakkan daripada kerap mengangkat objek berat
Sekiranya anda ada simptom-simptom yang telah dinyatakan, anda perlu merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan yang sepatutnya.
Saya harap jawapan saya mencukupi, sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih terperinci, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan